Saturday, August 15, 2009

2 lagi mangsa influenza A(H1N1) pada 17 Ogos 2009




17 Ogos 2009

2 lagi orang menjadi mangsa H1N1 semalam menjadikan angka kematian akibat penularan wabak H1N1 meningkat ke 64 orang.


16 Ogos 2009


Kes kematian akibat H1N1 meningkat lagi kepada 62 orang apabila 3 lagi kematian dicatatkan. 283 kes baru telah dikesan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah jangkitan meningkat kepada 3,857 setakat ini.

Menteri Kesihatan Dato' Seri Liow memberi amaran kepada mereka yan dijangkiti virus ini supaya mengasingkan diri dari orang ramai. Mereka yang engkar boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2 tahun jika membiarkan diri menjangkiti orang lain.

15 Ogos 2009

3 lagi kes kematian akibat H1N1 dilaporkan Menteri Kesihatan hari ini menjadikan jumlah kematian setakat ini meningkat ke 59.

Sebanyak 209 kes baru telah dikesan melibatkan mereka dalam kumpulan berisiko tinggi.

Beberapa kes terbaru telah diberitakan berlaku di sekitar bandar Ipoh dan orang ramai terutama warga OUM serta pelajar dan tutor adalah dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga. Jauhkan diri dari tempat kesesakan orang ramai dan gunakan topeng muka setiap masa. Jaga tahap kebersihan setiap waktu.

14 Ogos 2009

Kes Kematian : 5
Jumlah Kematian : 56

Untuk makluman, terdapat seramai 72 pesakit H1N1 sedang dirawat di wad dan 27 lagi dirawat di ICU. Daripada 27 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 18 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10), obesiti (4),kanak-kanak (2), hamil (1) dan post-delivery (1). Terdapat sejumlah 5 kematian yang dilaporkan.

Empat(4) daripada kes kematian mempunyai faktor risiko, iaitu obes, diabetes dan TB paru-paru (1 kes ), Diabetes(1 kes) dan bayi (2 kes). Untuk makluman, 5 kematian tersebut berlaku pada 8 Ogos (1kes),11 Ogos (2 kes) dan 12 Ogos (2 kes).

No comments: