Tuesday, August 25, 2009

Pendaftaran Program OUM untuk Ambilan Sept 2009

Beginilah wajah pelajar yang sedang menanti giliran untuk menerima ijazah mereka semasa majlis konvokesyen OUM

Setakat 25 Ogos 2009, lebih dari 3,000 permohonan untuk berbagai program yang ditawarkan OUM telah diterima sama ada secara "walk-in" ataupun menghantar melalui pos ataupun permohonan yang dibuat secara "online". Syabas. Anda boleh menyemak keputusan permohonan di sini dan masukkan nombor kad pengenalan anda.

Bagi yang masih berminat untuk mengikuti program OUM bagi semester September 2009 masih boleh berbuat demikian secara walk-in atau online selewat-lewatnya 6 Sept di OUM Perak (Jln Lim Bo Seng).

Pemohon yang dinasihatkan menyemak status permohonan masing-masing secara online ataupun menalipon ke pejabat kami melalui telefon 05-2546006. Ada pemohon yang terpaksa mengambil ujian Open Entry (Kemasukan Terbuka) dan ini boleh dibuat pada bila-bila masa waktu pejabat.

Pemohon yang berjaya dikehendaki hadir untuk sesi taklimat dan pendaftaran pada 6 September 2009 pada pukul 8.00pg. Bagi memudahkan mereka yang datang dari luar Ipoh, disertakan di bawah peta lokasi OUM Perak.

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

No comments: