Wednesday, August 26, 2009

Wanita obese berusia 24 tahun korban terbaru, angka kematian kini 71


26 Ogos, 2009

PUTRAJAYA: Seorang wanita obese berusia 24 tahun menjadi mangsa ke-71 akibat wabak berkenaan setelah punca kematian disahkan adalah disebabkan oleh Influenza A (H1N1) dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Mercian, seramai 1,446 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 98 buah hospital termasuk dua hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, hanya 217 pesakit (15 peratus) yang disahkan positif H1N1.

"Dari 217 kes yang disahkan H1N1, 51 kes berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) di mana sembilan kes merupakan kemasukan baru, sementara dua lagi kes dipindah keluar dari ICU," katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 51 kes yang sedang dirawat di ICU, 39 kes (76 peratus) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (21), obesiti (sembilan), kanakkanak/bayi (enam), selepas bersalin (satu) dan Sindrom Down (dua).

No comments: