Sunday, August 30, 2009

Lirik Lagu Jalur Gemilang dan KeranaMu serta video Lagu Tanggal 31


Sempena dengan Hari Kemerdekaan Negara tercinta kita yang ke 52 esok, disediakan disini lirik lagu Jalur Gemilang dan KeranaMu untuk sama-sama kita nyanyikan. Juag disertakan lagu Tanggal 31 oleh Allahyarham Sudirman Hj Arshad. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 52.



JALUR GEMILANG



Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... dibawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu

Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia

Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

KERANAMU MALAYSIA



Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( repeat from beginning )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

No comments: