Seperti pada kebiasaannya pada setiap semester, OUM Perak tetap menganjurkan Bengkel Kecemerlangan Peperiksaan khas untuk pelajar barunya terutama dalam subjek OUMH 1103 Learning Skills for Distance Learners.
Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan pelajar semester pertama akan jenis soalan serta format soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan akhir nanti. Dalam bengkel yang sama, pelajar akan didedahkan dengan sampel soalan yang mirip soalan peperiksaan akhir.
Bengkel yang dijalankan pada hari Ahad 2 Ogos 2009 ini telah dihadiri oleh lebih dari 50 orang pelajar. Ini satu angka kehadiran yang cukup memberangsangkan. Menurut Pengarah OUM Perak yang juga salah seorang fasilitator bengkel ini, pelajar ang hadir telah menunjukan sikap menghadapi peperiksaan yang positif.
Pelajar juga telah dinasihatkan akan tajuk atau bab yang perlu diberi penekanan seperti berikut:
Bab 5: (Klik pada gambar untuk membesarkan imej):
Bab 6: (Klik pada gambar untuk membesarkan imej):
Bab 7: (Klik pada gambar untuk membesarkan imej):
Bab 8 & 9: (Klik pada gambar untuk membesarkan imej):
Bab 10: (Klik pada gambar untuk membesarkan imej):
No comments:
Post a Comment