Thursday, August 27, 2009
Selamat Menyambut Hari Merdeka
Tanggal 31 Ogos 2009 akan menyaksikan negara kita Malaysia yang tercinta merayakan Hari Merdeka yang ke 52. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapian Diutamakan. Bagi pihak OUM, kami ucapkan "Selamat Menyambut Hari Merdeka" kepada semua rakyat Malaysia yang masih cintakan negara ini.
Bagi OUM Perak, sambutan hari merdeka berlainan kali ini memandangkan ianya jatuh pada bulan Ramadhan. Pada kebiasaannya, hari merdeka disambut warga OUM Perak dengan mendaki Bukit Kledang dan menyanyikan lagu patriotik dipuncak bukit.
Tahun ini, OUM Perak menyediakan 400 buah bendera jalur gemilang untuk diagihkan pada semua pelajarnya. Lagu patriotik akan dinyanyikan semua pelajar baru ambilan Sept 2009 pada 5 dan 6 September ini sambil mengibarkn jalur gemilang.
Apapun, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah menunjukkan semagngat patrotisma kita bak kata pepatah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung". Mengibarkan jalur gemilang adalah salah satu cara menunjukkan semangat patriotisma kita. Ayuh semua warga OUM Perak, kita kibarkan jalur gemilang sama ada dari kereta kita ataupun di rumah. Tanamkan semangat ini kepada anak bangsa kita supaya mereka tahu betapa pengorbanan yang telah dibuat oleh pemimpin kita dalam mencapai kemederdekaan dari penjajah.
Kerana mu Malaysia, aku dapat menikmati segala kemewahan yang ada sekarang. Kerana mu Malaysia aku turut merasakan kejayaannya. Marilah sama-sama kita jayakan 1Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan darjat. Selamat Menyambut Hari Merdeka.
Sebagai mengingati Hari Kebangsaan kita, pelajar OUM yang lahir sebelum hari merdeka iaitu seblum 31 Ogos 1957 akan menikmati diskaun tuisyen sebanyak 75%.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment