Thursday, August 6, 2009

Sebuah Kolej di Perak di arah tutup akibat H1N1

Ogos 6, 2009


Bernama hari ini melaporkan bahawa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Hulu telah diarah tutup selama seminggu mulai hari ini apabila 24 orang pelajarnya disahkan mengidap penyakit H1N1.

Pengerusi Ahli Jawatan Kuasa Kesihatan Negeri Perak YB Datuk Mah Hang Soon berkata wabak penyakit semakin meningkat di Perak. Jumlah kes yang dikesan setakat ini di Perak adalah 90. Perak telah mencatatkan satu kes kematian akibat H1N1 baru-baru ini di Bagan Serai.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan diri yang bersih sepeti mencuci tangan serta menutup mulut ketika batuk dan bersin. Elakkan dari tempat orang ramai dan gunakan topeng muka setiap masa apabila berada di tempat awam.

No comments: