Tuesday, August 25, 2009

Tarikh Pengambilan Modul Semester September 2009

25 Ogos, 2009

Peperiksaan akhir semester Mei 2009 telahpun selesai semalam. Para pelajar OUM mempunyai 3 minggu untuk berihat sebelum bermulanya semester September 2009.

Modul yang disediakan OUM sebagai bahan bacaan dan panduan. Gambar ehsan OUM Negeri Sembilan

Langkah seterusnya ialah pengambilan modul masing-masing untuk dibaca sebelum bermulanya Tutorial 1 selepas Hari Raya Aidil Fitri. Bagi memudahkan dan melicinkan proses pengambilan modul di OUM Perak, disertakan di bawah Jadual serta Lokasi pengambilan modul.

Sila klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Berikut adalah peringatan yang dikeluarkan oleh OUM mengenai pengambilan modul:

Adalah dimaklumkan bahawa mulai semester September 2009, prosedur pendaftaran online dan pengambilan modul bagi para pelajar senior akan dipinda bagi tujuan memperkemaskan lagi urusan percetakan dan pengedaran modul.

Berikut adalah prosedur yang telah diluluskan oleh pengurusan Universiti:

a) Para pelajar yang menyempurnakan pendaftaran online dan mengesahkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan sahaja (7 Julai – 27 Julai 2009) akan menerima modul semasa hari pengambilan modul.

b) Slip pendaftaran kursus (UKR03) yang dicetak oleh pelajar selepas menyempurnakan pendaftaran modul akan digunakan sebagai rujukan samada pelajar telah mendaftar online dalam tempoh yang diberikan atau sebaliknya. Ia akan disemak semasa pelajar datang ke lokasi pengambilan modul

c) Pelajar yang membuat pendaftaran online pada 5 – 13 September 2009 akan mendapat modul selepas tarikh Tutorial pertama pusat pembelajaran masing-masing. Walaubagaimanapun modul berbentuk softcopy boleh diakses dalam myLMS.

d) Pelajar yang membuat pendaftaran online selepas 13 September 09, modul tidak akan disediakan dan diberikan, pelajar diminta merujuk kepada LMS sahaja.

e) Pelajar tidak dibenarkan untuk mengambil modul di lokasi selain daripada Pusat Pembelajaran yang direkodkan dalam myLMS.

Pelajar OUM Perak dinasihatkan perkara berikut:

• Selepas daripada tarikh-tarikh diatas, pelajar hanya dibenarkan untuk mengambil modul pada hari Selasa – Jumaat sahaja (Isnin tutup).

• Pelajar tidak dibenarkan mengambil modul pada hari Sabtu & Ahad.

• Pelajar juga diingatkan agar mencetak dan membawa slip pendaftaran ketika pengambilan modul bagi mengelakkan dikenakan denda RM2.

• Bagi pelajar yang ingin membuat pembayaran secara tunai melalui Bank Islam di PP Perak pada hari pendaftaran, kaunter Bank Islam akan dibuka pada jam 10.30 pagi. (Kaunter Bank Islam tidak di buka di PP Taiping)

• Bagi pelajar yang telah membuat bayaran di Bank Simpanan Nasional (BSN), sila pastikan salinan photocopy telah dibuat sebagai simpanan sendiri. Resit asal perlu diserahkan kepada staf OUM semasa pengambilan modul.

Diharap semua pelajar dapat mematuhi perkara tersebut di atas supaya tidak timbul masalah dan kerumitan nanti.

No comments: