Wednesday, August 26, 2009

Kamus Online Cambridge dapat membantu menguasai Bahasa Inggeris

26 Ogos, 2009

Walaupun Kementerian Pelajaran telah mengubah polisi pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia namun ianya hanya melibatkan pelajar sehingga ke peringkat SPM sahaja.

Kamus atas talian Canbridge

Bagi pelajar universiti terutama pelajar OUM, bahasa pengantar serta modulnya adalah kebanyakan dalam Bahasa Inggeris walaupun soalan peperiksaan disediakan dalam dwi-bahasa.

Banyak bahan pengajian diperolehi dari Internet dan kebanyakan bahan ini juga disediakan dalam Bahasa Inggeris. Mahu tak mahu, suka tak suka, kita harus menguasai Bahasa Ingeris sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

Kini terdapat bantuan kamus Bahasa Inggeris secara atas talian bagi memudahkan pelajar mencari maksud sesuatu perkataan. Kamus "Cambridge Online Dictionary" amat mudah digunakan dan disediakan secara percuma. Sila klik di sini untuk melihat kamus tersebut.



Misalnya, sebentar tadi saya telah melayari laman web ESPNStar untuk membaca berita dunia bola sepak Italy Serie-A dan terjumpa perkataan weasel yang saya tidak ingat.



Dengan menaipkan perkataan "weasel" dalam kotak carian kamus atas talian tadi, maka saya dapat tahu bahawa "weasel" adalah sejenis haiwan mamalia yang menjadikan tikus dan haiwan kecil sebagai mangsanya.

No comments: