Friday, August 21, 2009

Pelari Pecut Jamaica Usain Bolt Pecah Rekod Dunia lagi


Pelari pecut dari Jamaica, Usain Bolt yang berusia 23 tahun dan mempunyai ketinggian 6 kaki 5 inci itu berjaya sekali lagi memecahkan rekod dunia dalam acara 200m dengan catatan masa 19.19s.

Bolt berjaya memecah rekod lamanya iaitu 19.30s. Pada Ahad lepas, Bolt memecah rekod dunia dalam acara 100m apabila berjaya mencatat masa 9.58s.

Dengan kejayaannya ini, Bolt merupakan pemegang rekod dunia dalam acara 100m dan 200m. Beliau juga adalah pemenang pingat emas Olimpik di Beijing pada tahun 2008.

No comments: