Friday, August 7, 2009

Majlis Konvokesyen OUM 2009 (14 - 18 Nov 2009)

7 Ogos 2009

Majlis Konvokesyen ke-7 OUM akan diadakan di dewan PWTC dari 14 hingga 18 November 2009. Lebih dari 5,500 orang pelajar dijangka akan menerima sijil masing-masing. Bagi pelajar OUM Perak yang akan berkonvo, kami ucapkan syabas dan setinggi tahniah.



Senarai nama pelajar yang akan berkonvo akan diumumkan dalam sedikit masa lagi dan pelajar dinasihatkan melayari LMS untuk mengetahui kedudukan mutakhir. Bagi pelajar yang tersenarai untuk berkonvo tahun ini mestilah membuat persiapan awal kerana penundaan ke tarikh tidak dibenarkan. Antara persiapannya termasuklah tempat penginapan, pakaian, kasut, dan macam-macam lagi. Apa tidaknya, konvo ini hanya sekali sahaja seumur hidup dan sudah tentu pelajar hendak berada dalam keadaan segak dengan penampilan dan gaya tersendiri.

Bagi mengurangkan rasa cemas pelajar, di sini saya muatkan video menunjukkan cara memakai jubah serta suasana semasa konvo. Dah lepas konvo nanti, jangan lupa untuk belanja kita orang kat OUM Perak Ok?

Video Cara Memakai Jubah Konvo:


Video Senario Konvo:

No comments: