Friday, August 7, 2009

OUM Course Preview for Sept 2009 Intake



Prebiu program OUM untuk ambilan September 2009 akan diadakan di Perak seperti berikut:





Lokasi 1: Sitiawan

Tarikh: 9 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 10pg hingga 4.30ptg
Tempat: Hotel Crystal, Sitiawan


Lokasi 2: Ipoh


Tarikh: 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa: 10pg hingga 2.00ptg
Tempat: Hotel Impiana Casuarina, Ipoh

Lokasi 3: Taiping


Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 12tgh hingga 4ptg
Tempat: Hotel SSL (Dekat Simpang Empat Kamunting)

Lokasi 4: Teluk Intan

Tarikh: 23 Ogos 2009 (Ahad)
Masa: 10pg - 2ptg
Tempat: Hotel Anson, Teluk Intan

Berbagai program ditawarkan OUM pada semester ini dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Kedoktoran. Antara bidang yang ditawarkan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Sumber Manusia, Pentadbiran Perniagaan, TESL, Psychology, Sains, Matematik, Kejuruteraan, dan sebagainya.

Program Diploma ditawarkan kepada mereka yang mempunyai kelayakan minimum SPM dengan kepujian dalam 3 mata pelajaran. Program ini biasanya mengambil masa antara 3 hingga 4 tahun untuk tamat.



Program Ijazah Sarjana Muda (Bachelors degree) pula mengambil masa 4 hingga 5 tahun untuk tamat. Syarat kemasukan adalah STPM dengan 2 prinsipal atau Diploma yang diiktiraf MQA. Walau bagaimanapun, warga kerja yang mempunyai sekurang-kurangnya PMR boleh diterima masuk ke program Ijazah Sarjana Muda dengan syarat lulus Ujian Kemasukan Terbuka.

Bagi program pada peringkat Ijazah Sarjana (Masters degree), syarat kemasukan adalah sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Bachelors degree). Bagi mereka yang berumur sekurang-kurangnya 35 tahun dan memiliki sijil STPM dengan 2 prinsipal atau sijil Diploma yang diiktiraf MQA boleh memohon masuk seelah lulus Ujian Kemasukan Terbuka.

Pemohon dikalangan OKU dan warga emas atau mereka yang lahir sebelum 31 Ogos 1957 akan dapat menikmati diskaun yuran sebanyak 75% daripada yuran tiusyen. Pemohon lain juga akan diberi diskaun sebanyak 10% jika menjelaskan yuran semester sebelum kelas pertama bermula.

Sehingga semester Mei 2009, OUM mempunyai lebih dari 85,000 orang pelajar. Lebih dari 13,500 orang pelajar telah berjaya menamatkan pelajaran mereka. Sebanyak 24 program telah mendapat pengiktirafan penuh MQA dan JPA setakat ini.

Mereka yang berminat untuk mengikuti program di OUM adalah digalakkan untuk hadir ke prebiu seperti pada tarikh dan lokasi yang telah ditetapkan di atas. Tarikh tutup permohonan ialah 23 Ogos 2009. Permohonan boleh dibuat secara online melalui laman web OUM iaitu: www.oum.edu.my

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Fahmi di talian 05-2546006 atau 019-4618519.

No comments: