Wednesday, August 5, 2009

ANUGERAH KUALITI KUMPULAN METEOR

2 Julai 2009 Posted by IQRI

Prof. Ir. Dr. Rosli Hamir, Naib Presiden Open University Malaysia (OUM)(Pengurusan Pelajar & Pembangunan Kampus) selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Anugerah Kualiti OUM telah melancarkan Anugerah Kualiti Tahunan (AKT) Kumpulan METEOR pada majlis Perhimpunan Perpaduan Kumpulan METEOR 03/2009. Bagi kali ini, kategori yang telah dilancarkan adalah Anugerah Inovatif (Kumpulan).

Poster Anugerah Kualiti OUM/Meteor (Sila klik pada gambar untuk membesarkan imej)

Tujuan AKT adalah untuk menggalakkan pemikiran inovatif dan semangat kerja berkumpulan.

Kategori penyertaan adalah:

-Meningkatkan kecekapan
-Meningkatkan khidmat pelanggan
-Menjadikan tempat kerja lebih selamat dan kondusif
-Lain lain inovasi yang memberi impak positif

Kitaran Pelaksanaan:

-Penyertaan dibuka sepanjang tahun
-Penganugerahan 2 kali setahun:
-Januari dan Julai

Syarat Penyertaan:

-Terbuka kepada semua warga KUMPULAN METEOR
-Ahli kumpulan terdiri dari staf Jabatan/Bahagian yang sama atau pelbagai
-Mempunyai penasihat dikalangan MPTU (kecuali GMC)

Hadiah dan Anugerah:

- Hadiah bernilai RM 5000.00 bagi projek yang dapat memberi impak yang paling besar kepada kumpulan meteor.
-Hadiah merit bernilai RM 2000.00 bagi projek yang berpotensi
-Pemberian Sijil Anugerah, Sijil merit dan sijil penyertaan

Ingin menyertainya?

Sila muat turun borang penyertaan sekarang!

IQRI
Sekretariat Anugerah Kualiti (SAK)

Sumber: http://iqriupdate.blogspot.com/2009/07/anugerah-kualiti-tahunan-kumpulan.html

No comments: