Thursday, August 20, 2009

569 kes akibat Selsema H1N1 dikesan dengan 1 Kematian


20 Ogos, 2009

Kementerian Kesihatan melaporkan hari ini bahawa jumlah kes H1N1 yang dikesan semalam mencecah rekod sebanyak 569 dengan 1 kes kematian. Jumlah kematian akibat H1N1 meningkat kepada 68.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail, kes kematian semalam melibatkan seorang wanita berumur 33 tahun yang sedang hamil 34 minggu. Wanita tersebut dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos apabila mengidap batuk dan demam dan kemudian dipindahkan ke hospital kerajaan di mana dia di kesan mengidap H1N1 pada 14 Ogos.

No comments: