Sunday, August 30, 2009

Pengambilan Bagi Semester September 2009 - Secara "Walk-In"


Pendaftaran untuk ambilan bagi semester September 2009 sedang dibuka. Berbagai program dari peringkat Diploma hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah ada ditawarkan pada semester ini.

Bagi program peringkat Diploma, para pemohon mesti mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM dengan minimum 3 kredit. Bagi peringkat Sarjana Muda, para pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 21 tahun dan memiliki sekurang-kurangnya STPM atau Diploma yang diiktiraf MQA (dahulunya LAN).

Walau bagaimanapun, bagi mereka yang berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1 Januari 2009 dan memiliki sekurang-kurangnya PMR (SRP) boleh memohon untuk masuk ke program Ijazah Sarjana Muda setelah lulus Ujian Kemasukan Terbuka (Open Entry).

Ujian Open Entry ini terdiri daripada 4 peringkat iaiu ujian Keterampilan melalui komputer (20 soalan - 10 soalan Bahasa Inggeris dan 10 soalan matematik), ujian Persistency (10 soalan), ujian menulis karangan bergambar dan temuduga. Yuran untuk ujian ini adalah sebanyak RM125 setiap kali mengambil ujian. Calon boleh mengambil ujian lebih dari sekali sehingga lulus tetapi setiap kali perlu membayar RM125.

Dengan Ujian Open Entry ini, maka warga kerja yang bercita-cita untuk masuk ke universiti tetapi tidak berpeluang, kini peluang ini telah dibuka oleh Open University Malaysia (OUM).

Pengambilan untuk semua program diploma dan ijazah sarjana muda OUM akan dijalankan secara "walk-in" di OUM Perak pada 6 September 2009 mulai jam 8.30pg. Sila bawa bersama anda perkara berikut:

1. Salinan asal sijil akademik
2. 2 keping gambar berukuran paspot
3. Kad pengenalan
4. Yuran minimum RM700.00

Bagi mereka yang telah menerima tawaran OUM, dikehendaki datang mendaftarkan diri pada 6 Sept 2009 jam 8.30pg.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Ahmad Fahmi, En. Sharizal atau Puan Ros melalui talian 05-2546006.

2 comments:

Unknown said...

bila dan dimana walk-in yg seterusnya?

kasmawaty said...

bila dan dimanakah pengambilan yang seterusya akan diadakan? ada tak dekat sabah area? bulan berapa? bagi kemasukan disember 2009 ada tak?