Sunday, August 30, 2009

A(H1N1): Ragut mangsa ke-72, 280 disahkan positif - MStar


30 Ogos, 2009

Ketika negara berada di ambang kemerdekaan tetiba satu lagi kes mangsa Selsema Babi A(H1N1) dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak berkenaan meningkat kepada 72 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mangsa terbaru merupakan seorang lelaki berumur 49 tahun dan bermasalah kesihatan hepar (hati).

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Melaka pada 13 Ogos dengan simptom demam dan batuk selesema selama dua hari serta muntah meninggal dunia pada 19 Ogos disebabkan oleh H1N1 dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Beliau berkata, sehingga pukul 9 pagi ini, sejumlah 280 daripada baki seramai 1,515 pesakit yang sedang menerima rawatan kerana mempunyai gejala influenzalikeillness (ILI), disahkan positif H1N1.

No comments: