Thursday, August 27, 2009

Senarai Nama Graduan untuk Konvo OUM 2009

Senarai nama pelajar OUM yang bakal berkonvo pada bulan November 2009 setakat 20 Ogos 2009 telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar OUM hari ini.



Sila klik di sini untuk menyemak nama anda. Taipkan nama anda dalam kotak carian seperti dalam gambar di bawah untuk mencari nama anda.


Senarai nama yang disediakan adalah setakat 20 Ogos, 2009. Senarai yang kedua akan dikeluarkan tidak lama lagi. Harap bersabar.

Anda dinasihatkan mematuhi peraturan yang ditetapkan OUM. Segala maklumat konvo telah dipaparkan dalam LMS anda.

Tahniah dan Selamat Maju Jaya pada pelajar yang tersenarai.

Bagi mereka yang sedang bersedia untuk berkonvo, disertakan di sini peta lokasi OUM KL Jln Tun Ismail dan PWTC. Hotel-hotel yang berhampiran termasuk Hotel Seri Pacific, Hotel Dynasty, Hotel Vistana dan Hotel Chorus. Di KL, pelajar tidak perlu cari hotel yang hampir sebabnya mungkin harganya mahal. Yang jauh sikit dekat dengan Bas stesen Pudu Raya pun banyak dan murah. Dari hotel-hotel ini ke PWTC boleh naik LRT dan turun kat stesen PWTC.
Peta lokasi OUM KL Jln Tun Ismail dan PWTC. Klik pada gambar untuk melihat imej yang besar

Disertakan juga klip video cara memakai jubah:


Klip video senario semasa konvo:


... dan lagu OUM yang akan dinyannyikan semasa konvo:

3 comments:

hamdan said...

Yahooooooooooo, akhirnya penat lelah selama 4 tahun di OUM terbalas jua, hahahahhaha, Konvo juga aku akhirnya....,

Assoc. Prof. Dr. Richard Ng said...

Tahniah Hamdan. Berbaloi menanti saat-saat manis ini

Unknown said...

Seronok juga konvo kali ke 2 2011 di Dewan PWTC..Bac Sport Science 2006/2010